Setiap orang pasti pernah
menangis, baik kaum lelaki mahupun wanita. Akan tetapi tahukah
kamu, mengapa dan kerana siapa mereka menangis?
Rasulullah juga
menangis, padahal dunia berada dalam genggamannya jika beliau menghendaki. Dan
Syurga ada di hadapan
beliau, sementara beliau berada di tempat yang paling tinggi di dalamnya. Benar,
beliau memang sering menangis, sebagaimana tangisan seorang hamba ahli ibadah.
Beliau menangis di dalam shalat tatkala bermunajat kepada Rabb .
Beliau juga menangis ketika men-dengarkan tilawah Al-Quran. Tangisan yang
bersumber dari kelembutan hati dan ketulusan nurani serta dari ma'rifat
keagungan Allah .
Dari Mutharrif yakni bin
Abdillah bin Asy-Syikhkhir dari bapaknya yakni Abdullah bin Asy-Syikhkhir
Radhiallaahu anhu ia berkata:
Aku datang menemui Rasulullah
Abdullah bin Mas'ud Radhiallaahu
anhu menuturkan: "Rasulullah pernah
berkata kepadaku: "Bacalah Al-Qur'an untukku" aku berkata: "Wahai Rasulullah,
apakah aku yang harus membacanya, sedangkan Al-Qur'an itu diturunkan kepadamu?"
beliau menimpali: "Aku lebih suka mendengarkannya dari orang lain."
Aku pun membacakan surat
An-Nisaa' untuk beliau. Hingga telah sampai pada ayat: "Maka bagaimanakah
(halnya orang-orang kafir nanti), apabila kami mendatangkan seseorang saksi
(rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi
atas mereka itu (sebagai umatmu)." (QS. An-Nisa: 41) Aku lihat air
mata beliau menitis." (HR. Al-Bukhari)
Cubalah perhatikan uban yang
menghiasi rambut beliau. Jumlahnya lebih kurang lapan belas helai di kepala dan
janggut beliau. Camkanlah dengan mata hatimu, dengarkanlah kisah uban putih
tersebut dari penuturan beliau. Abu Bakar Radhiallaahu anhu pernah bertanya:
"Wahai Rasulullah ,
sungguh Anda telah beruban." Beliau menjawab:
"Surat Hud, surat Al-Waqi'ah, surat Al-Mursalat, surat 'Amma yatasaa`aluun dan surat Idzasy Syamsu kuwwirat telah menyebabkan aku beruban." (HR. At-Tirmdzi)